Popular Posts

Monday, May 21, 2012

Mari Menanam Taugeh

Projek Taugeh pertama...idea dari rakan blogger...sgt mudah dan jimat kos

Ambil segenggam kacang hijau - boleh dibeli di kedai mamak, RM1.50 sepeket kecil.  Boleh buat dlm 4,5 kali.  Jgn letak byk sgt nanti membazir sebab tak boleh simpan taugeh lama2.  Basuh sekali, buang mana-mana yg tak elok, spt yg timbul tuh..Rendam dlm besen selama 12 jam.

Selepas 12 jam direndam, tapis airnya...

Letak dalam balang plastik/atau kaca... ini balang bekas biskut.  Jgn pakai penutup original nanti udara x masuk langsung dia jadi busuk lak..ini kain alas meja jenis renda yg dah x pakai digunting dan diikat dgn getah gelang.  Simpan ditempat gelap sebab kalau ada cahaya dia akan jadi hijau. Sebab kiasu, i cover dgn kain hitam, letak dlm almari bawah dapur, confirm gelap! Setiap 12 jam, biji kacang ni mesti dibasuh/bilas sekali.. Nak senang rutin, 6.30pagi, 6.30petang.

Hari pertama selepas disimpan tempat gelap..dah ada yg cambah

Hari kedua..hampir sekesemuanya dah cambah

Hari ketiga...akar dah berserabut...yahoo..dah boleh masak taugeh.  Notis tak, segenggam kacang tadi dah jadi taugeh hampir penuh satu balang

Basuh sekali lagi dan silalah buang akarnya...ambil masa dlm 15 min jugak..adeh..

Setelah dibersihkan..inilah hasilnya!!  Sebijik macam yg beli kat kedai kan?  Pendek kata yg dibuat sendiri adalah pasti terjamin kualiti dan bersih tanpa sebarang bahan kimia.  Kalau nak besar sikit, pakai kacang soya pun boleh

Bahan-bahan serba ringkas nak masak taugeh... daun kucai digantikan dgn daun bawang sebab i got high bp, daun kucai x sesuai...later bila daun bawang dah tumbuh kat tepi dapur, tak perlulah membeli lagi...

Dah pun siap dimasak, sedia utk dimakan..Taugeh Masak Kicap...resepi sendiri...utk pengetahuan, saya bukanlah pakar masak, malah terus terang..kadang2 masak nasi pun tak menjadi!  Tapi sejak 2 menjak nih..mcm rajin pulak nak ke dapur..mungkin dapur rumah baru, selesa dan besar sikit...Kalau ada resepi yg mudah-mudah tu..jgn lupa kongsi ya!










4 comments:

  1. terbaekk..boleh masuk dalam list tanam sendiri nih ;)

    ReplyDelete
  2. Oh la la ni my favourite gak masak camni. Fun projek juga kan.

    ReplyDelete
  3. betul la kacang hijau kalau segenggam memang jadi bnyk bila dah jadi taugeh. saya buat dlm 2 sudu besar je, tak habis makan sorang. haha

    ReplyDelete
  4. saya dah bersihkan botol2 sos pasta..tuding dia pun dah berkarat. cadangnya nak buat beasprout la..saya suka taugeh...boleh buat kerabu, cucur, n goreng dengan soysauce ja.. yummy

    ReplyDelete