Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Hari Minggu

This week Lynn takder class.. tapi kena jugak bangun pagi sbb Aesyah ada rombongan sekolah.  Dah terlanjur bgn pagi, petik lar apa yg patut utk mkn tgh hari..

Dapat la sikit kangkung (terpaksa berkongsi dgn Brownie..), kailan, Okra, Cili dan apa lagi..tomato ler..(lynn baru tau tak boleh tunggu dia ranum/merah menyala sgt, nanti jadi lembik..)

Kutip beberapa biji buah mangga yg jatuh..

Organize balik kotak polisterine..mengikut saiz dan jenis tanaman..  Rizal dah belikan kayu pancang nak buat trelis sbb hodoh sgt katanya, main ikut muat jer cucuk pakai kayu la, btg paip la (semestinya Lynn punya standard!) 

Dah jadi... inilah hasil kerja tgn org pompuan..Rizal komplen sbb senget katanya.. jgn nak mengada-mengada bukak balik!  Kayu pancang tu byk lagi tapi simpan sikit utk trelis lain pulak, mula cadang nak cat putih tapi utk sayur belah belakang tak per la kan..(masih terngiang-ngiang tokey DIY tu ckp, "amoi, u apa hal bikin tanam pokok pakai ini kayu, mahal woo.. kasi cari ranting kayu pun boleh buat ma....") ceh, dia ingat senang ker? mana nak cari ranting kayu kat USJ ni??

Pandangan dr depan..notis tak jiran belakang pun dah mula ikut tanam pokok?  Tapi dia beli yg dah besar dlm polibeg

Mari kita intai2 sikit dah berapa yg tingal...

Ha..cantik tak pancang tuh?  Itu sebenarnya penyidai kain yg dah karat di sebelah bawah..
Close-up..kasi kawan2 jeles sikit.. ha ha..

Tomato jenis bulat ni tgh mula berputik sana sini..

African Horned Cucumber pun dah mula berputik.. rupa-rupanya dah byk di celah2 pokok kangkung

Putik tembikai nih?  harap2 menjadi..

No luck at all with carrot. Dah tanam 5 bulan, tapi hasilnya sgt mengecewakan.. Mujurla Brownie boleh mkn daunnya..tak la membazir..Rizal suruh tanam sekali lagi, mungkin bernasib baik di masa akan dtg

Haish..berapa lama lagi nak tunggu bunga Gladioli nih?  Tak sabar rasanya..

Erk?  Notis pokok bunga diserang bena?  aduh.. mula2 pokok cili, lepas tu telang, now pokok bunga pulak?

Kesemua pokok telang di bhg ini di cabut sbb x sihat.  Nak tanam baru kenalah tunggu benihnya..

Telang di bhg depan yg kian merimbun.. Rizal letak jaring di bhg atas supaya pokok ni boleh menjalar lebih tinggi dan takder yg nak mengusha lepas ni... (takkan jiran nak ambil bunga/kacang yg tinggi tu pakai tangga kot?)

Oleh kerana setengah hari berkebun,,kepala pun dah ting tong,,rasa nak pengsan!  Apa nak buat, Rizal dan anak2 terpaksa ambil alih di dapur..  Rizal goreng kesemua sayur yg dipetik tadi..suprisingly rasanya sedap!

Frittata..(telur goreng ler!)  Dalamnya Rizal letak bawang, daun sup & cili..tu daun2 tu dia main petik jer..

Red Romaine, Tomato & cili dibuat ulam jer.. taruk sikit thousand island..licin!

Mesti la ada pencuci mulut..mangga yg jatuh ke tanah mlm semlm.. best, best!

Mlm tadi lynn buat chocolate kek, ingatkan nak tulis ler apa yg patut utk suka2.. migraine punya pasal, anak2 yg sudahkan dgn chocolate rice..boleh la..
















36 comments:

  1. Lepas ni boleh la buat blog masakan pulak. Yummeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog masakan? Biar betul Nurul.. bila masak, takder yg kena sakit perut tu dah kira nasib baik..

      Delete
  2. Hmmm... segar2 nampak harvest tuh...hasil yg menjadi makanan pun enak..heheh..btul lynn kala pompuan buat trellis mmg tak der rupa paras dan kekuatan janji siap, bantai lah...

    wah tomato sungguh menjeleskan...kat sana lagi bagus lag growing..
    mangga tuh ada lebih?heheh yg kat umah nie berkilo abuaidan bwk balik pn tak abis makan..tamak sungguh...

    btw, migrain dah okey? jgn kerja lebih2 sgtlah kan..take it easy, releks..bat ckit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. migraine bit teruk kali nih.. pagi tadi masuk ofice, muntah2.. mungkin kena hujan sikit pagi semlm..

      Delete
  3. setuju sesangat(bab cari pancang buat trellis) mana nak cari ranting kayu kat tengah bandar macam kita nih..saya tau tu masakan rojak sayur namanya, sebab saya pon selalu buat cam tu...kakaka (tak abis gelak lagi ni sambil tepuk perut)sebiji macam saya selalu amal kan.(haduihh cekang mulut dok gelak nih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaka!!! mat, mat..u pun buat i gelak sorang2 mcm org bengong! Now i know, lelaki standardnya sama jer.. main pakai belasah! (Tapi yg x tak paham tuh..kenapa rasa dia sedap erk?) Apa pun, cik abang Lynn tu dah membujang 43 tahun, hanya tau rebus maggie mee jer.. tu dia, suruh masak dia bantainya buat rojak sayur..ambik kau!!

      Delete
  4. amboi lynn,bukan main cantik lagi tomato tu ya.....terbakar je saya rasa ni...berkobar2 nk tanam tomato mcm tu...keke.

    Tak sangka kan,bila kita garden ni kadang boleh bawak pengaruh ke jiran2 yang lain. :)

    Dalam pada teror bergarden,teror jugak lynn memasak......supermom. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, boleh..akan menjadi tuh..(dah simpan few buat biji benih, nanti lynn test dulu ya) jgn tanam sepasu, lynn tu sebenarnya tanam 6 pasu, 2 pasu jer yg survive. Lepas tu jgn stop. Ni lynn dah start 2nd batch dah..baru boleh harvest sepanjang tahun. Kawasan lynn pun x besar mana, tanam dlm pasu jer. Jiran belakang tuh pencen,, so memang ler byk duit. Kalau nak beli satu polbeg yg besar mcm tu kosnya dlm 10 - 15 ringgit. Kalau dah sepuluh pokok? ee..x sanggup. Lynn x berapa pandai memasak sebenarnya. Sejak kawin dgn Rizal 2 tahun lepas br mula ke dapur sbb dia bujang t'lajak dah penat mkn kat kedai.

      Delete
  5. meriah dah kebun lynn. seronok tengok. bena tu tak kira pokok sayur ke bunga ke, semua dia belasah. kat rumah saya pokok bunga ros jepun/portulaca habis diserang bena.mati macam tu jer. geram betul.;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sekali try formula Iskandar nak hapusnya bena nih.. esoknya sumer daun gugur. Belek2 internet, rupanya kena pakai cecair pencuci pinggan, lynn belasah pakai dynamo!! ha ha..sengal

      Delete
    2. samalah kita. Hubby gi try kat pokok cili parents dia, pakai sabun breeze tu..Sekali sume gugur macam kena siram dengan air panas. Mertua ingat jadi macam tu sebab cuaca panas. Kitorang dua-dua kunci mulut. Hahahah.. Nasib tak mati pokok-pokok tu.

      Delete
    3. ha ha..so bukan lah lynn sorang yg blurr!

      Delete
  6. memang jelez dgn tomato lyn...ish..ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper..lepas ni boleh ler menunjuk dgn anggur tu erk..

      Delete
  7. hi lynn..lately selalu lawat blog awk..:D
    tengok tomato..lebat betul tomato awk lynn...:D
    bab trellis tu betul sgt..sy pun beli kedai..janji jd pancang utk pokok..nak cari dlm semak mcm2 bahaya fikir..
    yang bena tu sekarang menjadi2 wat umah kat pokok lada..abis lada berbuah tapi tak dapat merasa...:|

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for stopping by di blog lynn yg caca marba nih..tomato tu free seeds dr Bodyshop, ingatkan x menjadi, x sangka cantik mcm tuh. Lynn tgh kumpul seeds dia, nanti kalau menjadi lynn nak bagi sesiapa yg berminat. Ye lah, bena tu lately kat mana2 ada, agaknya dia lagi byk musim hujan kot

      Delete
    2. color tomato tu cantik pink suam2..
      agaknya la musim hujan sejuk..jd daun2 tempat berteduh

      Delete
  8. Geram nyer tengok tomato tu !!!! bestnyer menjadi ....

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt tengok tanaman Lynn yg subur2 tu esp tomato..geram betul la! izinkan sy link blog ni ke blog sy bahagian gardening ya..thanks :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila, sila..lynn pun ada jenguk2 jugak blog u..nak copy resepi yg mudah2..

      Delete
  10. minta tomato lynn...cantik sgt!! u eat cili as ulam? cili padi tu right?? kan pedas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rizal & kids yg mkn...Lynn x tahan pedas. Bila letak thousand island x brapa pedas kot

      Delete
  11. Lumayannya...lepas ni kena simpan sudut tanam bamboo lah untuk standby supply pancang trellis. Tengok carrot tu teringat my first carrot harvest dulu-dulu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tanam 2nd batch..harap2 carrot kali ni menjadi

      Delete
  12. lynn....seronoknye tgk pokok bunga telang tu. saya dah beli 2 peket. tak bercambah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. telang ambil masa sekurang2nya 10 hari nak cambah, lambat sikit. Kalau nak, email me yr address to helite.enterprise@yahoo.com
      Lynn poskan, mana tau kot2 jadi

      Delete
  13. what a charmingly looking collection of healthy plants! i've been trying to grow my own now, currently getting all the seeds from tanamsendiri.com. well, i must compliment your works. worth all the shots taken, yea? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tks for visiting my blog! i hv lots of seeds produced from my garden. Feel free to write to me at helite.enterprise@yahoo.com i can post to you for trial

      Delete
  14. hey no worries! thanks for visiting mine as well. did write you up already :D thanks!

    ReplyDelete
  15. lynn...mana menghilang...rindu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak tertanggunhg rasanya Nurul.. rambut pun dah gugur byk sgt. Kdg2 tak blh bgn lansung, mcm mana nak berkebun

      Delete
    2. huhu..sedihnya.lynn buat chemo ke? Mudah-mudahan Lynn cepat sembuh.

      Delete
  16. Cantik je susunan pokok tomato tu. lenat plak.

    ReplyDelete
  17. pkai kotak polisterin tu ok ke? tnaman tu nmpk sihat je. lynn kasi lubng kat bwh kotak tu ke? nak cuba buat gak. & gladioli tu lynn taruh kat teduh je atau biar pns? sy ada 1 gladioli tpi tak sure hidup ke tak.. nak biji telang ada lgi tak? hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, kotak polisterine tu ok..kena buat lubang bawah dan tepi. Kalau kat Kuala S'ngor, L size hanya RM7, memang jimat & senang nak alih2 dr beli pasu. Ataupun beli polibeg hitam tu..lagi jimat. Lynn ada kumpul byk benih..email add kat helite.enterprise@yahoo.com nanti bgtau nak benih apa. Sharing is caring..

      Delete