Popular Posts

Tuesday, October 9, 2012

SATISFACTION GUARANTEED!

Lihat tomato yg tgh galak berbuah... hari2 dipetik mkn mcm tu saja.. fresh sgt!


Kedua-dua pokok semakin byk berbuah, kami dok belek hari2 mengira dah dekat 98 biji!  Untung ler tak perlu ke pasar

Tapi rasa risau sgt sbb lately byk daun yg kuning dan layu.  Bila tengok, rupa2nya kat belakang daun penuh dgn bena.. aduh..mcm mana nih?  Nampaknya companion planting (daun sup) hanya bertahan seketika.  Bila try air bancuhan yg Iskandar cadangkan, daun dia terus layu dan gugur, sama dengan pokok2 cili yg terus diserang bena

Benih Cili Corlorful ini diberi oleh blogger, Nurul.. hanya dlm 10cm, kecik sgt tapi dah byk berbunga, dan pagi tadi dah nampak buahnya..(ada yg nampak?)

Tembikai merah ni pun dah mula nampak sihat & membesar selepas dialihkan ke tanah, di bawah pokok sunflower

Bunga tembikai ni byk, tapi satu pun x lekat

Anak-anak Sunflower mixed di tanam tepi pagar sbg fencing di depan rumah, tapi sepokok dah tumbang gara2 kena pijak dgn Brownie..geram sgt!

Inilah culpritnya.  Lately suka sgt mkn daun sayur..habis kangkung, salad, anak sawi dibelasahnya.  Now she is grounded!

Little Jack Pumpkin dah makin subur sejak dialihkan ke tanah..sulurnya pun dah byk

 African Horned Cucumber juga hidup subur di letakkan ke tanah.  4 pokok dlm polibeg dah arwah..

Daun kesum yg dah tau nak buat apa..byk sgt!

Mlm tadi goreng Kailan/Kangkung belacan jer...

Red Okra sulung..rasanya lebih rangup dr bendi biasa  (nowadays memang dah x pandang yg pasar punya..eksyen!.)

Accompanied by salad, okra, tenggek burung dan pegaga..awet muda la konon!

Juga Ketam cili..tapi memang fail lah!  kenapa x merah sgt???  (tension...)

Kami juga dah berjaya mengumpul benih Bayam Merah, Sunflower, Red Romaine & Okra.. Dah cuba ditanam & berjaya.  Kalau ada kawan2 yg nak tu, let me know ya, nanti kami hantarkan, bolehler kita tukar2 later..

Lettuce Red Romaince ni memang mencabar sbb dia kecil & ringan..

Bendi Singa..rupa2 nya ada ulat..tapi masih boleh diselamatkan

Gladious di letak bawah porch sbb redup..x sabar nak tengok dia berbunga (lari konsep sikit, cat putih dah habis!)

Purple Rain Lily pun byk bunga selepas hujan, petunia masa di beli 2 bulan lepas masih kecil x berbunga, tapi sekarang cantik sgt..

Gerbang tu kononnya nak buat ala-ala Fraser Hill, tapi malangnya telang tu pun x sihat diserang bena..

This is my fav spot.  Di sinilah tempat kami bekerja, tanam benih, mengalih anak benih, pok pek dgn Brownie, gossip2 dgn jiran yg lalu lalang.  Lately we b/fast & minum ptg pun kat luar menghirup udara segar.  Rumah kami berbukit sikit jadi memang angin kuat..


Laluan dari depan sampai ke belakang dah dipenuhi pasu kiri kanan.

Masih ingat Blue Pea yg cover TNB pole depan rumah?  Hairannya yg kat luar ni subur sgt.  Hari2 ada asoh balik jogging dok petik kacang ni, katanya rebus makan.. (boleh mkn ker?)

































7 comments:

  1. seronok jika ada ruang untuk berkebun..Cm nak cuba tanam tomato dalam polybag lepas ni:)

    ReplyDelete
  2. sy pernah ada arnab, semua daun dia makan, kalau ada penyapu (bkn plastik) pun abis dia makan

    ReplyDelete
  3. meriah sayur-sayuran orang umah nie..rajin betul bertanam..sampai tak pandang pasar dah..wah...wah ..respeklah..

    ReplyDelete
  4. wow..meriahnyeee...tomato tu memang terbaik lah, saya punye tomato masih belum berbuah lagi walauoun dah berbunga.. cayalah memang terbaikk

    ReplyDelete
  5. yiyerrrrrrrrrrrrr!!! bestnya tomato plant u!! i pernah tanam sekali ja dah tak nak tanam. give up. macam tak bebaloi tanam. it only give me 2 tomatoes. i put a lot of baja but still......Mayb lepas tengok ur tomatoes yg lebat ni, i will try again.

    haha. tanam sendiri memang boleh eksyen! like this word la! i still hav to go shop for vege, but definitely not those vege that i planted at hse. haha eksyen!

    Cantik la garden u!!!!

    ReplyDelete
  6. tomato saya meninggi tapi belum nampak rupa nak berbuah. tu hari diserang bena. maka dengan gagah perkasanya saya lap bena dengan tisu. sekali daun2 tu macam melecur. huwaaaa. sedihnya rasa.

    ReplyDelete
  7. cantiknya rumah.. suka kaler putih lawan dengan hijau... nampak fresh sangat.. seriously jealous tengok pokok tomato dia, sebab kita semai tomato kat kampung asyik kena patuk dengan ayam.. Takpun benihnya kena kutip dengan semut...

    ReplyDelete