Popular Posts

Monday, December 17, 2012

BACK TO REALITY...

It's been so long!  Mcm2 benda nak tulis for a start but i guess this blog is meant for my gardening, so tak perlulah merapu panjang2 kan..nanti kawan2 pun bosan..he he..

Lets take a peek at my garden sepanjang Nov/Dec...

Yang menjadi hanyalah tomato ..yg lain2 mcm tuannya, layu jer..



Yg ini pokok tepi pagar, dah byk dipetik oleh asoh yg lalu-lalang.  Lynn halalkan..sbb tuan tanah x sempat nak petik.

Kalau dulu pokok tomato ceri jenis lonjong ni menjadi kebanggaan..tapi tengoklah dah almost kurus kering, tapi masih gagah mengeluarkan bunga & putik baru.  Ingat hati nak dibuang shj tapi Rizal ckp simpan jer..tengok brapa lama lagi boleh survive..

Terrrrnampak timun mini yg saban minggu dah tak diperdulikan..

Ada sebiji dua lagi di bhg bawah.  Lepas dipetik ni nak terus buang pokoknya sbb batangnya dah kering, habis dikorek 'cik siti'..

Ha..yg ini pun sama, suka sgt mengorek tanah sana sini..

Pucuk labu pun dia sapu lately.. bdn dah makin montel.

Yellow Cosmos akhirnya rebah ke bumi, gara-gara hujan mencurah2 lately..  Daun kesum tu pun nak dipangkas sikit, dah semak sgt nampaknya.


Deretan sunflower di tepi bhg hadapan..pun kurus kering x cukup vitamin..

Daun sup yg subur dan makin byk.  Semlm yg besar2 kesemuanya dicabut & disedekahkan kpd jiran2.. x larat nak mkn pun.

All kind of bean ditanam caca merba.. mcm dah mabuk daun tapi kacangnya tak menjadi pun.

Pumpkin yg dah naik fed up nak jaga.. nampak semak.  Bunganya byk sgt tapi satu pun x menjadi buah.

Capsicum ada 3 pokok, satu pokok jer menjadi..yg lain pun mcm x cukup vitamin, perlukah di cabut juga?

Cili besar ni menjadi la pulak. Tapi awas, pedas tahap gaban!  x sempat nak merah sbb anak2 suka mkn buat ulam.

Ulam Raja tumbuh 3 pokok..ha yg ni precious sbb Lynn suka mkn ulam ..x sabar nak petik.  Cili wangi tu pun ada la 2, 3 biji menjadi.

Ini lah hasil yg dipetik buat sementara waktu.

Kami masak yg ringkas shj.  Daging masak kicap, Ketam goreng kunyit & daun kari, Pucuk labu masak lemak dan ulam timun, bendi, tomato & cili.  Selera anak2 mkn..dah lama x masak, asyik takeaway jer..so tak sedap pun dibedalnya jugak.

Pokok2 buah habis dicucuk lalat buah, kesukaannya adalah bendi & tomato..geram sungguh!  Satu hari jer perangkap di pasang, amik kau! berkerumun lalat buah, byk rupanya.  (bhg bawah letak sikit minyak masak, so memang confirm dia mati..)  Terima kasih byk2 kpd Iskandar di tanamsendiri.  Nanti nak order lagi perangkap lalat ni utk abah.

Ha tengok tu..byk yg dah arwah.  Kami buat perangkap 3 botol, dlm 2 hari memang dah x nampak kelibat lalat buah.

Tak tahu apa nama pokok bunga ni..tapi tengok 'anak burung' dia..byk sgt.

Cili Morunaga yg pedas tu.  Hanya 2 yg tumbuh.  Kwn2 tanya, kenapa suka sgt tanam pokok cili, sedangkan saya x tahan pedas?  Sebabnya? Saja.. sbb cili yg nampak mcm senang nak jaga..he he..(rupa-rupanya x senang mana pun..)

Salad yg juga rebah ke bumi, tak tahan dgn hujan lebat.  Ada yg dah togel sbb anak2 dah curi2 petik.

Di celah2 salad, rupanya ada 2 pokok Marigold berwarna kuning & oren..

Hm..dah pening2 lalat mengadap laptop, nanti kita sambung lagi ya..sampai ketemu lagi!

































2 comments:

  1. Wahhh rajin menanam. Menjadi aja pulak. Seronok tgk.

    ReplyDelete
  2. Your tomato lonjong tu if you give a hard pruning buang yang part macam dead tu kalau ada rezeki it will rejuvenate back. Tomato can at least live about 3 years. Cili besar tu jenis apa?
    You have many gifts from the garden every month.
    TaKe Care.

    ReplyDelete