Monday, February 4, 2013

Spring is coming....

Ha... kalau di negara 4 musim, ni dah nak masuk musim bunga..kalau di Subang?  hm, kejap dia panas terik, kejap dia ribut.  Susah nak predict.  Pagi2 confident giler jemur kain sebelum ke pejabat, balik kdg2 basah lencun..  Nowadays Anis & Aesyah terlalu byk aktiviti di sekolah, subuh dah pergi, ptg br balik.  Kdg2 bila sy balik, both dah tidur....

Kebun belakang rumah dah byk terbiar, pokok kacang pun dah makin tua, dah stop produce buah.  Seems CHNY stuck with students event, x jadi balik kg. Mungkin ini masa yg sesuai nak re-vamping.  Kalau rajin ler......Ingat hati nak menyinggah ke nurseri Zaki di Sg Buloh tp Rizal x benarkan, ramai sgt org takut nanti Lynn pening lak. 

Hibiscus ni beli semasa FLORIA tahun lepas.. dah kering tinggal ranting, tapi Rizal tak kasi buang.  Dia punyala rajin... letak baja, siram..akhirnya berbunga balik.

Betul la kan... berkebun ni perlukan kesabaran..


Petunia yg akhirnya berbunga dgn byk.  Out of 6 pasu, 3 jer yg masih survive..Ini pun sbb Rizal yg rajin trim & siram

Kudup yg byk.. just lucky i guess...

Sebegitu byk Cosmos oren dulu, dah tinggal sepokok, itu pun dah stop producing flowers.. Hanya sempat simpan benih dlm 20 biji jer..

Pokok Tomato pun dah mula liat nak berbuah..kering jer..

Semua ni tunggu masa nak kena buang la nih... (tunggu waktu Rizal takder..heh heh..)

Ha.. pokok kekacang yg berserabut.  Dah tak tahan tengok, memang tak sabar nak cabut & tanam semula.  Hanya dpt merasa dlm 5 tangkai kacang jer... erk alahai..


Ulam Raja yg nampak mcm sakit.. daunnya kerinting dan bunganya kecil..


Telang pun tanam semula... harapnya kali ni tak kena penyakit
 
Lately dpt mood nak tanam pokok bunga lak.. sibuk belek blog sana sini cari tips, etc.  Hm, kononnya berangan nak buat garden depan rumah, gara2 selalu sgt ke Fraser Hill... tak pa Lynn..berangan tak kena duit..kan...






















14 comments:

  1. hahahha betul berangan tak perlu duit...ni sy banyak masa ni kat opis...tak abis-abis masa duk berangan bila tgk blog orang tepek bunga cantik2...anyway cantik bunga raya merah tu..berkilat daun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita! Lynn br start kerja ni.. free giler! Dok melayan blog nengok garden org yg cantik..

      Delete
  2. Bila ngengok garden orang rs seronok lak wpun ade yg kecik..sbb mcm kemas & tersusun kan..yg gantung2 kat atas tuh kalau byk lagi meriah yer tak..sy dah cam bosan ngan bunga telang wpun byk bunga sbb malas nak buat sirap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... nengok garden org kalau blh sumernya nak ikut. Sebenarnya they all mcm kita jugak.. yg cantik jer tunjuk kat blog kan, heh heh. Lynn pulak mcm dah bosan tanam pokok buah dan sayur, sama color jer..tgh sibuk buat koleksi bunga pulak nih.(kita tengok sampai mana bertahan ya..)

      Delete
  3. lama kita tunggu tuan punya blog berkarya, rindu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sessi berubat dah selesai.alhamdulillah. Boleh la berkebun balik.. memang rindu dgn blog kawan2..

      Delete
  4. Betul tu..lama x baca karya kat sini. Lepas ni meriah balik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak byk entri la Zu..pokok byk yg togel sbb selalu kena tinggal

      Delete
  5. Minta your hubby trim bunga-bunga yang layu tu tak payah pergi gym nak besarkan otot tangan...hehehe...nanti rajinlah pokok-pokok bunga tu berbunga balik. Cantik bunga hibiscus tu sangat ceria. I tried to send you email tapi asyik kena tendang sahaja. If you like the new list, bolehlah hantar email. Kenapa telang you sakit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, forgot to inform u.. email tu dah deleted. Company dah bungkus... try send to helite.enterprise@yahoo.com

      Delete
  6. Assalamualaikum Lynn, naik semangat betul bila tengok kebun kat sini. Punyalah teratur , memang tabik kat u. Untung lagi dpt hubby yg sama2 minat & yg penting rajin. Geram tul tengok semua tanaman esp tomatoes tu, sy tanam xde yg jadi pun..kena berguru dgn lynn la nampaknya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib jer tuh..tp so far sumer tomato lynn mmg menjadi. Walaupun mcm x berapa nak jaga pun.. letak bj taik ayam jer 2 minggu sekali. Tp bila dah keluar bunga, lynn letak bj buah (biji2 warna purple).Org kata kalau nak dia rajin berbuah letak bj khas utk tomato sj, tp x pernah jumpa pun..

      Delete
  7. Lynn, balut tak tomato? Cantik, he he nanti saya tayang saya punya pula bila menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dr, tks for dropping by at my blog yg cacamarba nih.. tomato tu x dibalut, ada sesekali lalat buah dtg tp sbb tanam byk mungkin dah jemu agaknya..so far tomato jer yg menjadi-jadi, dah penuh anak pokok tomato keliling rumah

      Delete