Popular Posts

Tuesday, March 5, 2013

Kebun Kecilku....

Alhamdulillah.... impian nak berkebun di tanah sekangkang kera ni akhirnya tercapai...  Mari kita lihat hasilnya yg tak seberapa buat masa ini..

Deretan Cili Kampung yg subur sbb musim hujan.  Di Fraser Hill ni almost hujan daily.  Kadang2 ribut petir.  Lately selalu terputus bekalan elektrik, sampai 2 hari.  Tapi di sini letrik tak penting sgt sbb sejukkk.....

Cilinya besar2 tapi belum masak kesemuanya.  Dah terlanjur dtg tengok kebun, petik jugakla..nak merasa kebun sendiri
Ini pula deretan pokok terung


Terung ni memanglah tak secantik pokok tanaman Tn. Iskandar dr tanamsendiri.  Dia otai, kami pulak baru nak belajar.  Ini pun cubaan kali ketiga..tak begitu cantik.

Sebab itu kami tanam tak byk, kurang confident..

Sekelompok pokok timun yg baru nak naik


Pun tidak berapa cantik..agak kurus kan..

Hasil kutipan hari ini.  Bolehla..

Ini bekas ubat nyamuk!  Gantung di pinggang..cantik tak aksesori ni?

Hasil memijak tanah kebun..nak ambik, jahanam kasut!,, sob, sob... balik hotel terus buang, x sanggup nak cuci.  Moral of the story, pakailah kelengkapan yg bersesuaian ya...

Hujung tu Pokok Bendi yg pun baru nak naik..x sanggup nak pergi dekat sebab ada air bertakung..serammm

Kenderaan yg terpaksa parking di sebelah atas. Kami takut nak drive sampai dekat kebun sebab jalan yg sangat licin..Notis ada rumah tu?  Itu banglo persendirian milik org Brunei.  Dia dtg dlm setahun sekali, bwk kawan2 bercuti..dengarnya bachelor lg...

Ha..yg hijau dengan pokok keladi tu kebun orang... jgn sesekali menceroboh.  Apek tu siap bwk senapang setiap kali jln2 checking kebun dia..














1 comment:

  1. Bulat mata saya membaca ....bestnye ada kebun mcm ni.syukur

    ReplyDelete