Popular Posts

Monday, July 22, 2013

Menanam Timun Suri atau Timun Susu

Beginilah rupa Timun Suri atau Timun Susu..ataupun ada yg panggil Timun Betik, dari keluarga Cucurbitae..
 
Benihnya Lynn dpt dari farmer di Pekan Kundasang beberapa bulan lepas semasa bercuti ke sana.
 
Dalam 10 biji benih, hanya 2 pokok menjadi, ditanam di Subang Jaya.  2 bulan hospital leave, pokok mcm tak sihat dan buahnya nampak x cantik, juga diserang kekabuh yg sgt byk.
 
Hanya 2 biji terbaik disimpan utk benih.  Buah yg Lynn simpan ni besar dan sgt juicy.  Pokoknya pun terus dibuang, bimbang ulat dan serangga akan menyerang tanaman lain.
 
Rasanya manis2 buah.. bukanlah manis mcm Honeydew.
Org di sana campur dlm minuman spt susu/soya atau buat Fruit Punch.
 
Seed ini akan di tanam di Fraser's Hill..harap2 hasilnya menggembirakan..
Yang lain2 akan diedar kepada yg berminat.  Hanya RM2 per pack. 
Tanam 3 bulan dan boleh dpt hasilnya.
 
 

11 comments:

  1. rasa mcm sy pernah hantar benih ni kat lyn, ke tak sampai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn tak terima la.. sedihnya.. byk kwn2 hantar benih pakai pos biasa kat Lynn x sampai.. hari tu express post siap kena koyak lagi.. teruk betul posmen!

      Delete
    2. yg Lynn terima ada Cucumber Melon... itu dr Rose ke?

      Delete
    3. haaa yer ker, la ni mesti posmen yg masuk berita buang surat kat lereng bukit tu...ish..ish, sy hantar timun betik, petola bantal dll, tagging kat benih smua tulis bm, kalo tagging cucumber melon tu agaknya dr org lain la tu

      Delete
    4. lupa nk bgtau, sy hantar pakai pos ekspress

      Delete
    5. Benih timun betik saya baru je bercambah, tak sabar nak tengok hasilnya. TQ Rose.

      Delete
    6. sedihnya..mmg Lynn tak terima.. yg dpt pos express hanya dr Kak Puteri Purnama - Sabah, Sali Chen-Penang & Zu-Sri Kota. Yg lemon cucumber tu pos biasa.. tak tau siapa sbb takda nama pengirim.. ada 2 lagi biji benih hitam bulat dan coklat..mcm bean tapi pun misteri tanpa nama..

      Delete
  2. lyn..aida nak benih timun susu sepeket..

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Ni pesanan Pak temuk yg lepas (dlm entri kacang panjang merah): .... 1 paket Red Long Bean. Kalau ada, mahu juga 1 paket Yellow Dwarf Concador Bean dan Amethyst Purple Bean....
    Lynn dah jawab akan hubungi Pak Temuk.

    Maaf nak tanya, yg emelnya seedsandothers@yahoo.com itu Lynn punyakah? Kalau ya, Pak Temuk akan hantar lain-lain pesanan melaluinya dan sekalikan semula pesanan di atas. Bolehkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Pak.. itu sales blog Lynn adalah : seedandothersforsale.blogspot.com - kat sini Lynn tunjuk serba sikit yg menjadi dan tak menjadi..yg blog tu mainly benih/anak pokok dan keratan yg dijual..
      Boleh, nanti dah confirm email Lynn senarai benih yg Pak Temuk nak ke seedsandothers@yahoo.com

      Delete