Popular Posts

Sunday, March 17, 2013

Bunga apa pulak ni...

Sewaktu sibuk membelek tomato dan Ulam Raja, tiba-tiba saya ternampak pokok bunga yang agak pelik, sebab tak ingat waktu bila di tanam..

Is it Dahlia? or Chrysanthemum? 

This is taken on Saturday
Full bloom on Sunday.  Ada few buds yg belum kembang..Nampaknya saya perlu buat Journal, sbb byk pokok yang ditanam tanpa sebarang tanda.  (Kononnya bila dah besar dan berbunga blh google, silap perhitungan nih..)

Cosmos Double Rose Bonbon.... ini bukan yang sy tanam ya!  Ini kredit dr google..

Benih Cosmos ni dibeli semasa lawatan ke Australia tahun lepas.  Simpan lama jugak dlm freezer sebab tak berapa confident nak tanam.  Surprisingly ia tumbuh hanya dlm 4 hari..(agaknya sbb cuaca lembab minggu ni..)

Cosmos Double White Puff... juga kredit dari Google

Pun tumbuh dan telah dialihkan ke dalam pasu, setiap satu.


Cosmos Pink pun nampaknya boleh survive dgn cuaca kita yg tak menentu.  Tomato Oxheart yg dibeli dari Diana juga nampak cantik..

Pink Zinnia yang menyala-nyala!  Warnanya shocking pink membuatkan ia berseri-seri di laman... (yg belakang warna oren tu pun boleh tahan..)  Hingga hari ini, tak putus2 berbunga sbb kami dok sibuk letak baja bunga)  Pokok Zinnia ni rupanya memang sukakan panas melampau.  Buat masa ni kami tgh berexperimen dgn bermacam2 jenis Zinnia, sbb rasanya bunga ni sgt senang dijaga dan tak byk kerenah.

Ulam Raja pun dah byk kumpul benihnya untuk kawan2..Dan akan ditanam byk2 di Fraser Hill next wk.

Cosmos Red+Orange ini pun dah dikumpul benihnya untuk dikongsi.





Tuesday, March 5, 2013

Kebun Kecilku....

Alhamdulillah.... impian nak berkebun di tanah sekangkang kera ni akhirnya tercapai...  Mari kita lihat hasilnya yg tak seberapa buat masa ini..

Deretan Cili Kampung yg subur sbb musim hujan.  Di Fraser Hill ni almost hujan daily.  Kadang2 ribut petir.  Lately selalu terputus bekalan elektrik, sampai 2 hari.  Tapi di sini letrik tak penting sgt sbb sejukkk.....

Cilinya besar2 tapi belum masak kesemuanya.  Dah terlanjur dtg tengok kebun, petik jugakla..nak merasa kebun sendiri
Ini pula deretan pokok terung


Terung ni memanglah tak secantik pokok tanaman Tn. Iskandar dr tanamsendiri.  Dia otai, kami pulak baru nak belajar.  Ini pun cubaan kali ketiga..tak begitu cantik.

Sebab itu kami tanam tak byk, kurang confident..

Sekelompok pokok timun yg baru nak naik


Pun tidak berapa cantik..agak kurus kan..

Hasil kutipan hari ini.  Bolehla..

Ini bekas ubat nyamuk!  Gantung di pinggang..cantik tak aksesori ni?

Hasil memijak tanah kebun..nak ambik, jahanam kasut!,, sob, sob... balik hotel terus buang, x sanggup nak cuci.  Moral of the story, pakailah kelengkapan yg bersesuaian ya...

Hujung tu Pokok Bendi yg pun baru nak naik..x sanggup nak pergi dekat sebab ada air bertakung..serammm

Kenderaan yg terpaksa parking di sebelah atas. Kami takut nak drive sampai dekat kebun sebab jalan yg sangat licin..Notis ada rumah tu?  Itu banglo persendirian milik org Brunei.  Dia dtg dlm setahun sekali, bwk kawan2 bercuti..dengarnya bachelor lg...

Ha..yg hijau dengan pokok keladi tu kebun orang... jgn sesekali menceroboh.  Apek tu siap bwk senapang setiap kali jln2 checking kebun dia..














Friday, March 1, 2013

Unidentified Species

Kami beli anak pokok bunga ni semasa bercuti ke Fraser Hill dlm 6 bulan yg lalu.  Terjebak dgn kata manis encik bangla kat kebun bunga yg mengatakan pokok bunga ni baru dpt dan species baru (dia pun tak tau bunga macam mana & apa warnanya)... Apa lagi, kami pun belilah 2 polibeg (itu pun yg ada!)  Balik rumah selepas seminggu, satu anak pokok mati sbb lupa nak alihkan dr panas terik.  Yg satu ni, kuat semangat.  2,3 hari lepas kami nampak ada kudup bunga..hari ni dia dah kembang... cantik sgt berwarna biru muda..



Siapa yg tau namanya ya?




Yg ni dicabut tepi longkang jer..alih2 dah berbunga..pun tak tau species apa..



Ha..ini taulah kerusi free kan?  He he.. tgh mencari idea bunga apa nak letak berbaris di tepi, belakang kerusi tu... Mulanya cadang nak tanam Bucida lagi, biar teduh.  Tp kami dah pasang angan2 nak tanam pokok bunga warna warni..nak meriah sikit sbb depan hijau jer...Tapi pokok apa ya?  Kawan2 ada cadangan?