Popular Posts

Wednesday, July 9, 2014

Pintu Gerbang ke Taman Astakona...errr taman ker?

Al-kisah dgn pintu gerbang ni.. saya mengidam bertahun!  Setiap kali nak beli, husband jeling-jeling.. jgn membazir! tegahnya.. so saya pun terkulat-kulat tengok laman org..alahai terliurnya..

Pada suatu hari entah macam mana kami pusing-pusing ternampaklah satu nursery menjual pintu gerbang putih idaman.. melihatkan harganya yg hanya RM200 (selalu sy tengok display harganya RM250 ke atas)..cepat2 sy pujuk si dia..kebetulan pulak bwk duit cukup2 RM50! haha..kedekut!  En hasben pulak ada hal lepas tu, tergesa-gesa nak pergi meeting, kalau tak mau sy ke ATM & patah balik.. akhirnya mintak booking, booking air liur saja..harap2 masih ada sebab katanya ni stok yg ada nak clearkan sebab tu murah..  Sepanjang jalan sy moyok jer... sedih sgt teringatkan pintu gerbang yg almost dah jadi hakmilik tetapi gagal..

Tup, tup..dlm tengahari sy buka pintu ..tu diaaa depan pintu terpampang pintu gerbang putih & telah leraikan menjadi 4 bahagian!  Rupa-rupanya En hasben berpatah balik & beli jugak...eemmm alahai, tersentuh hati sy & sedikit rasa bersalah.

Excited punya pasal, tgh hari buta tu sy pasang sendiri! hehe..kalau dah minat apa pun sanggup..inilah rupa asal gerbang putih tu..

Kebetulan mmg dah tanam pokok Madagascar Jasmine & Passiflora Vitifolia tu dlm pasu besar.. jadi sy dekatkan sahaja ke pintu gerbang & ajar dia melilit..tak sabar nak tgk dia membesar

Tak lama selepas itu creepers ni dah mula memanjat.. gembira tak terkata!  Saya tambah sikit2 dengan menggantung petunia yang ada

Mandevilla - gabungan kuning, merah jambu pekat & putih di pintu gerbang



Kemudian saya tambah seri dengan bunga2 Mandevilla pelbagai warna..sungguh menarik bila digabungkan

Passiflora merah ini sgt gemar berbunga & kelopaknya besar & menyerlah

Madagascar Jasmine ini berbau wangi..


Inilah hasilnya setelah beberapa bulan.. kedua2 belah pintu gerbang sudahpun dipenuhi dengan bunga2 mekar yg perlukan penjagaan yg sgt minima..Gabungan 4 warna amat meriah sekali..

En hasben pun tak marah dah.. dia pun selalu bangun pagi2  & suka tgk bunga mekar..selalu melangkah ke taman melalui pintu gerbang ni & melepak di kerusi taman coklat tu..hehe

berkat sabar menunggu..akhirnya impian nak arch putih tercapai..
Spt kata pepatah.. "kalau nak jadi seorang yang penyabar.. cubalah menanam.. 
& jika menanam, silalah bersabar"...

hm.. lepas ni berangan nak pergola putih lak! manusia..manusia..