Popular Posts

Tuesday, December 1, 2015

MENANAM POHON SYURGA

Tidak dinafikan bahawa rata-rata org tanam Pokok Tin sekarang... at least sebuah rumah mesti ada sepokok.  Begitu hebatnya penangan pohon syurga ini.  Dari jenis-jenis biasa hinggalah ke jenis-jenis yang mahal, malah ia sering disebut jenis "bangsawan".

Saya tidaklah berhabis untuk jenis-jenis bangsawan ni.. asal ada sudah mencukupi.  Lagipun motif tanam untuk membuat teh dari daunnya & juga nak merasa buah tin yang segar.  Tidaklah berangan nak buat lawatan pokok tin sampai ke Italy atau Turki bagai.. itu tokey bolehla..saya taugeh..LOL

Buat masa ni saya hanya ada 14 jenis sahaja iaitu Black Jack, BTM6, Green Jordan, Purple Jordan, Masui Dauphine, Red Khurtmani, Taiwan Golden Fig, Texas, Jumbo, Tena, Victoria, LSU Gold, Bardacik & Panace.




Buah Tin yg sudah masak...manis...

PANACE

Pokok Tin yang sedia untuk dihantar kepada pelanggan (tut sendiri, 3 bulan sekali)




tiada space? polisterin pun jadi

musim hujan ni bimbang sikit kerana pokok tin tidak boleh menampung air berlebihan..jadi sy selalu letakkan di tengah panas..biarkan berjemur sekejap

Masui Dauphine

kalau nak buahnya cantik & malas nak balut,
memang kena buat rumah, jadi ia tidak diganggu serangga

BARDACIK
tepi dinding jer tempat nya sebab rumah dah semak dengan pokok2 lain

LSU GOLD
sedia untuk dihantar


such a huge fig tree! lihat daunnya yg besar & sihat

jenis bangsawan yg precious..

cutting LSU GOLD


tidak ada yg lebih menggembirakan apabila mendapat maklum balas yg positif dr pelanggan..hasil dr keratan pokok induk saya..
tidak sampai enam bulan dah muncul buahnya...pelanggan happy, saya puas hati

satu lagi testimoni dari pelanggan yang byk menyokong saya..Alhamdulillah!

owh ya..ingin saya kongsikan di sini..baja yang saya gunakan untuk pokok2 tin saya baik di kebun mahupun di laman rumah adalah baja kopi dan dicampurkan sedikit dengan Epsom Salt.

Manakala untuk mendapatkan kualiti daun yg hijau & kurang karat, saya sembur dengan Minyak Neem yang diproses dari buah pokok neem.. hanya RM10 sebotol..sangat jimat & yang penting berkesan.

apa tunggu lagi....jom mengetin kita!













6 comments:

  1. suburnya pokok-pokok tin ni, first time jugak tengok pokok dlm syurga ni kat dunia..:)mesti tangan tu jenis sejuk kan..tanam apa pun jadik..gud job!

    ReplyDelete
  2. Jual x, brapa sepokok ni..? Benih telang ad lgi..? sy berminat nk bli semua warna, except biru.. 0199656523

    ReplyDelete
  3. bole pm hrga untuk pokok tin x?
    nurnajihahsahari515@gmail.com

    ReplyDelete
  4. mcm mana nak beli pokok tin dr awk ye? baru 1st time nak try tanam gak nie.. bley email ke abilkecik@yahoo.com. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. As salam... bagi yang berminat nak cuba2 tanam boleh direct pertanyaan pd email lynn ya : gogreen.discovery@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Kat mana nak beli neem oil tu dan brp harganye?
    Tq

    ReplyDelete