Popular Posts

Wednesday, February 10, 2016

LILY....or IRIS?... does not matter!

Kadang2 ramai yang keliru between Lily dan Iris.
Apa perbezaan yang paling ketara?

bagi saya mudah...
LILY : sesungutnya (stamen) lebih panjang & ada pollen dihujung.
IRIS : selalunya ada 3 stamen pendek di tengah.

walau apa pun, kedua-dua bunga ni kalau penuh laman...fuh... mesti ramai yang akan menoleh 2 kali.

jenis2 lily / iris yang saya tanam :

LEOPARD LILY atau dipanggil BLACKBERRY LILY.
jenis ni paling mudah membiak..sekali tanam lepas tu anak2 dia akan tumbuh dengan sendirinya.
Kalau tanam melalui biji benih tumbesarannya agak perlahan.
jenis ni ada 3 tone sebenarnya : oren, merah, pink.

DAY LILY
jenis ni pun mudah membiak, lebih lebih lagi tanam terus ke tanah

CRINUM LILY
juga mudah membiak tapi bulbs dia mak datuk....bila tanam direct atas tanah, gali2 dekat sebesar besen bulb dia!

PERUVIAN LILY
ini categori Lily jalanan yang x laku..hehe

FIREBALL LILY
pokok rendah x sampai 10 inci..bunganya besar dan sgt cantik

BLUE AGAPANTHUS LILY
jenis ni kalau dia dapat berbunga memang meriah sgt.. ada warna putih juga.

ORIENTAL LILY
Pollen dia ni kalau terbang boleh menyebabkan pesakit asthma terbatuk-batuk..jadi awas ya..

AMARYLLIS LILY
ada pelbagai bentuk dan warna.. pengsan nak buat koleksi

CARLA LILY
jenis ni kalau time CHNY byk ada di nursery..semua dr China.

HABRANTHUS JUMBO LILY
ini saudara sepupu Rain Lily yang biasa tu.. ni versi gergasi..hehe

ha.. ni jenis Rain Lily yang biasa org tanam buat landscape..
RAIN LILY saiz XL

RAIN LILY saiz L

RAIN LILY jenis biasa saiz S

manakala iris lak?

SOUTH AFRICAN IRIS
agak sukar nak berbunga di lowland..juga mudah diserang penyakit

BLUE WALKING IRIS
ini paling mudah membiak..kerat jer anak dia cucuk ke tanah, menjadi-jadi lah dia
Walking Iris ni ada few colors lagi : yellow, purple, even red pun ada

ini pula hasil dari customer kami :-

ASIATIC LILY

RAIN LILY ORANGE

BLUE WALKING IRIS

RAIN LILY YELLOW

BLUE WALKING IRIS again..

ini pula landscape Rain Lily yang buat di rumah customer..



till them....happy Lily guys!



DEMAM GLADIOLI...lagi???

As salam buat rakan-rakan budiman... in case jika masih ada yang menjenguk page saya yg suam-suam kuku nih..

musim panas sudah bermula..apa lagi, boleh la menanam semula bunga kesukaan di laman..contohnya Gladioli yang sangat-sangat cantik ni.. anyway bebebawang dia dah cukup besar..maka dah ready nak tanam semula utk menghasilkan bunga yang cantik..

sebelum tu saya nak share dulu koleksi pembeli-pembeli saya... memang teruja & happy bila produk saya menjadi-jadi cantiknya di laman masing-masing..jom!

JESTER


CLEMENCE

AJAX
(ni memang my feberet!)


PRISCILLA 
terhasil dengan pelbagai tone..

TRADERHORN
pun ada pelbagai tona warna



DECISO

NOVA LUX

BENEDETTE 
dan
PETER PEARS
ini pemenang untuk 2015, (penanam dari Sarawak)
setiap tahun kami akan pilih penanam Gladioli terbaik & memenangi hadiah worth RM200 termasuk wang tunai you!





 



ha... mcm mana? meroyan tgk gladioli yang cantik cantik ni kan...
bersemangat nak tanam semula di laman.

ni set2 yg kami jual buat masa ni.. semua LOCAL ya.. bukan oversea mari so daya tahan memang kuat....









p/s ...check-out our plants for sale, coming soon!




Tuesday, December 1, 2015

MENANAM POHON SYURGA

Tidak dinafikan bahawa rata-rata org tanam Pokok Tin sekarang... at least sebuah rumah mesti ada sepokok.  Begitu hebatnya penangan pohon syurga ini.  Dari jenis-jenis biasa hinggalah ke jenis-jenis yang mahal, malah ia sering disebut jenis "bangsawan".

Saya tidaklah berhabis untuk jenis-jenis bangsawan ni.. asal ada sudah mencukupi.  Lagipun motif tanam untuk membuat teh dari daunnya & juga nak merasa buah tin yang segar.  Tidaklah berangan nak buat lawatan pokok tin sampai ke Italy atau Turki bagai.. itu tokey bolehla..saya taugeh..LOL

Buat masa ni saya hanya ada 14 jenis sahaja iaitu Black Jack, BTM6, Green Jordan, Purple Jordan, Masui Dauphine, Red Khurtmani, Taiwan Golden Fig, Texas, Jumbo, Tena, Victoria, LSU Gold, Bardacik & Panace.




Buah Tin yg sudah masak...manis...

PANACE

Pokok Tin yang sedia untuk dihantar kepada pelanggan (tut sendiri, 3 bulan sekali)




tiada space? polisterin pun jadi

musim hujan ni bimbang sikit kerana pokok tin tidak boleh menampung air berlebihan..jadi sy selalu letakkan di tengah panas..biarkan berjemur sekejap

Masui Dauphine

kalau nak buahnya cantik & malas nak balut,
memang kena buat rumah, jadi ia tidak diganggu serangga

BARDACIK
tepi dinding jer tempat nya sebab rumah dah semak dengan pokok2 lain

LSU GOLD
sedia untuk dihantar


such a huge fig tree! lihat daunnya yg besar & sihat

jenis bangsawan yg precious..

cutting LSU GOLD


tidak ada yg lebih menggembirakan apabila mendapat maklum balas yg positif dr pelanggan..hasil dr keratan pokok induk saya..
tidak sampai enam bulan dah muncul buahnya...pelanggan happy, saya puas hati

satu lagi testimoni dari pelanggan yang byk menyokong saya..Alhamdulillah!

owh ya..ingin saya kongsikan di sini..baja yang saya gunakan untuk pokok2 tin saya baik di kebun mahupun di laman rumah adalah baja kopi dan dicampurkan sedikit dengan Epsom Salt.

Manakala untuk mendapatkan kualiti daun yg hijau & kurang karat, saya sembur dengan Minyak Neem yang diproses dari buah pokok neem.. hanya RM10 sebotol..sangat jimat & yang penting berkesan.

apa tunggu lagi....jom mengetin kita!